Contoh Cover Letter Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris

Affan

  • 30 March 2022

contoh cover letter bahasa melayu melalui email

Adakah anda sedang mencari pekerjaan dan mencari contoh cover letter yang boleh digunakan bersama-sama dengan CV atau resume anda ketika menghantar permohonan kerja kepada bakal majikan?

Ramai pencari kerja di Malaysia terutamanya yang baru sahaja menamatkan pengajian tidak mempunyai ilmu atau pengetahuan mengenai kepentingan cover letter ketika menghantar permohonan kerja melalui emel.

Teruskan bacaan untuk mengetahui contoh cover letter terbaik yang boleh anda gunakan sebagai contoh dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Apa itu Cover letter

cover letter

Cover letter ialah surat pengenalan yang dilampirkan atau disertakan bersama dokumen lain seperti resume atau curriculum vitae.

Cover letter (surat iringan) juga dikenali sebagai cover letter, covering letter, motivation letter atau motivational letter.

Pencari kerja kerap menghantar cover letter berserta dengan curriculum vitae ata resume sebagai cara memperkenalkan diri mereka kepada bakal majikan dan menjelaskan kesesuaian mereka untuk jawatan yang dipohon.

Majikan boleh menyaring calon individu yang memohon pekerja dengan melihat kepada ketelitian surat cover letter yang ditulis sebagai satu kaedah untuk menyaring pemohon yang berminat dengan jawatan mereka dan/atau tidak mempunyai kemahiran asas yang dipelukan untuk jawatan yang dipohon.

Ciri-ciri Coverletter Yang Bagus

Menurut kajian, surat lamaran yang baik harus mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Spesifik dan terkini
  • Menggunakan tanda baca dan ejaan yang baik
  • Betul dari segi tatabahasa
  • Ia harus bebas daripada kesilapan
  • Gunakan garis masa untuk menyerlahkan maklumat kronologi, merujuk kepada jawatan pekerjaan terkini, paling rapat berkaitan dengan jawatan yang dimohon oleh seseorang

Contoh Coverletter Bahasa Melayu

Berikut merupakan contoh cover letter sekiranya anda menghantar permohonan anda melalui emel:

Subjek Email: Permohonan Untuk [Jawatan Kerja]

Selamat Sejahtera Tuan/Puan [Nama Penerima]

Saya ingin menyatakan minat saya untuk memohon jawatan [Jawatan Kerja] seperti yang diiklankan oleh syarikat Tuan/Puan.

Saya merupakan graduan ijazah [kelayakan pelajaran] dari [tempat belajar] dan percaya ilmu yang diperolehi boleh diaplikasikan di alam pekerjaan dengan sebaiknya.

Ketika praktikal selama 6 bulan di [nama syarikat], saya telah mempelajari [senaraikan ilmu dan skill yang diperolehi].

Paling penting sekali, saya berpeluang untuk bekerja dengan para profesional yang berpengalaman. Mereka telah mengajar saya cara memahami [senaraikan ilmu / skill penting yang boleh dimanfaatkan sekiranya diterima bekerja]

Saya juga telah membiasakan diri dengan pelbagai kemahiran yang membolehkan saya mengasimilasikan dengan budaya pasukan kerja dan terus berusaha untuk mencapai objektif walaupun menghadapi kegagalan.

Di samping itu, penglibatan aktif saya dalam pelbagai aktiviti akademik dan kokurikulum telah banyak membantu saya mengembangkan kemahiran komunikasi dan kepemimpinan yang sangat penting untuk berjaya dalam dunia korporat.

Dengan surat permohonan ini, saya lampirkan resume saya untuk pertimbangan Tuan/Puan sepenuhnya. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk menyemak permohonan saya dan saya menantikan maklum balas Tuan/Puan untuk perbincangan lebih lanjut.

Sekian, terima kasih.

[Nama] [No. Telefon]

Contoh Coverletter Bahasa Inggeris

Berikut merupakan contoh cover letter dalam Bahasa Inggeris bagi graduan yang baru sahaja menamatkan pengajian:

contoh cover letter

Artikel berkaitan:

virtual mini job hunt ptptn

Virtual Mini Job Hunt: Jawatan Kosong Untuk Peminjam PTPTN

e-housemen

e-Housemen: Permohonan Penempatan Pegawai Perubatan Lantikan Baru

contoh cover letter bahasa melayu melalui email

Permohonan Jawatan Kosong Personel MySTEP 2024 (Terkini)

insentif kerjaya madani

Insentif Kerjaya Madani: Peluang Kerjaya dan Cara Permohonan

Cara Betul Hantar Resume dan Mohon Kerja Melalui Email BM BI

Cara Betul Hantar Resume dan Mohon Kerja Melalui Email BM BI

Dengan kepesatan teknologi, zaman sekarang kebanyakkan majikan hanya menerima contoh resume berserta cover letter melalui email. Adalah penting untuk korang mengetahui cara yang betul bagaimana untuk menghantar dan mohon kerja secara profesional melalui email.

Kandungan Artikel

contoh cover letter bahasa melayu melalui email

Tahukah anda antara punca 367,000 orang masih GAGAL MENDAPAT KERJA adalah kerana tidak tahu menghantar resume yang memikat majikan.

rESUME TERBAIK BAHASA MELAYU INGGERIS

Ramai orang fikir mereka ‘boleh’ menyediakan resume mereka sendiri. Buat resume, bukannya susah pun pada fikiran mereka. Memang benar buat resume tak susah, tapi adakah resume anda itu akan membantu anda mendapatkan pekerjaan yang bakal anda minta?

rahsia resume kerja

Bukan mudah memohon kerja dengan hanya berbekalkan alamat email. Sebagai pemohon kerja, anda perlu tahu apakah isi penting yang sepatutnya anda tulis dalam email anda sebelum menghantar permohonan. Berikut merupakan perkara yang anda kena tahu berkenaan mohon kerja melalui email.

Pantang Larang dan Kesalahan Permohonan Melalui Email

  • Jangan hantar email tanpa format dan perenggan yang kemas – kandungan email perlulah mengandungi perenggan dan susunan yang jelas .
  • Jangan hantar sesuka hati tanpa mengikut format yang diberi. ( jika ada )
  • Jangan terus attach resume atau file ke alamat email yang diberi. Kadangkala ada pemohon yang tidak menulis apapun kandungan attach. Kadangkala majikan tidak membuka file yang diattach.
  • Jika diarahkan menghatar resume online, anda boleh attach tetapi email tersebut perlu juga mengandungi ayat berbentuk surat menyatakan hasrat anda memohon pekerjaan.
  • Ayat menyatakan sebab dalam email telah dinyatakan tetapi lupa memaklumkan resume yang di attach.
  • Jangan merayu dalam email, tunjukkan kematangan anda terutama jika ia pertama kali anda menghantar email kepada pencari kerja.
  • Jangan hantar file atau gambar-gambar yang bersaiz terlalu besar dalam email.

Tips Mohon Kerja Melalui Email

Ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan untuk memungkinkan anda mendapat pekerjaan jika memohon menggunakan email :

  • Guna alamat email profesional
  • Menghantar email berformat surat memohon
  • Menyatakan dengan jelas nama anda, tujuan anda dan maklumat penting lain yang diminta
  • Maklumat disertakan dengan jelas secara perenggan
  • Dimulakan dan diakhiri dengan ucapan yang profesional dan matang
  • Periksa ejaan dan tatabahasa sebelum menghantar email pastikan anda sudah mengecek ejaan dan tatabahasa, ini akan menunjukkan kepada pihak syarikat bahawa anda serius dan berminat dalam jawatan tersebut.

Kesalahan Permohonan Kerja Melalui Email

Terdapat beberapa perkara yang anda kena elakkan apabila nak mohon kerja melalui email. Antaranya

  • Pemohon merayu berlebihan. Nampak sangat terdesak nak kerja. Ini boleh menjejaskan profeisional dan memberikan gambaran negatif kepada syarikat
  • Lampirkan dokumen tapi tak bagitahu tuan punya email tentang apa dia lampiran tersebut. Pastikan bagitau detail maklumat lampiran korang supaya syarikat tidak berteka-teki
  • Saiz dokumen tu pastikan tidak terlalu besar. Menyusahkan syarikat untuk muat turun dan membukanya.

Contoh Email Mohon Kerja

Terdapat beberapa contoh permohonan kerja melalui email yang mungkin boleh anda perhatikan. Cara olahan dan susunan maklumat adalah tersusun dan nampak lebih profesional.

Contoh Email Permohonan Kerja 1

Selamat sejahtera,

Perkara: Permohonan Jawatan Kerani Pentadbiran

Saya [NAMA] dan kini merupakan seorang [PEKERJAAN SEKARANG] di [NAMA SYARIKAT] sangat berminat untuk memohon jawatan [JAWATAN YANG DI IKLANKAN] yang diiklankan oleh syarikat tuan/puan.

Saya berpengalaman selama [NYATAKAN PENGALAMAN] dalam bidang [NYATAKAN KERJA DAN SKILL ANDA]. Saya berharap dapat menyumbangkan kepakaran saya kepada syarikat tuan/puan dan pada masa mengembangkan lagi pengalaman saya dalam jawatan yang dipohon.

Dilampirkan adalah resume dan cover letter untuk pemerhatian dan penilaian Tuan/Puan. Saya harap untuk mendapat maklum balas dan dicalonkan untuk bertemuduga.

Sekian, terima kasih.

[NAMA] [NO TELEFON]

Contoh Email Permohonan Kerja 2

Permohonan Melalui Email

Contoh Email Permohonan Kerja 3

Mohon Kerja Melalui Email

Contoh Email Permohonan Kerja 4

Email Permohonan Kerja

Contoh Email Permohonan Kerja 5

email mohon kerja

Lagi Artikel Menarik:

Contoh Resume Terbaik Untuk Dapat Kerja

Leave a Comment Cancel reply

Save my name, email, and website in this browser for the next time I comment.

sayidahnapisahdotcom

  • Hubungi Saya

LightBlog

23 Contoh Cover Letter (CV) & Panduan Template BM BI - Mohon Kerja, Internship

23 contoh cover letter (cv) & template bm bi - mohon kerja, internship/ praktikal/ latihan industri (li).

contoh cover letter template cv

You may like these posts

Post a comment.

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

HOW MANY PEOPLE AT MY BLOG NOW?

contoh cover letter bahasa melayu melalui email

Social Plugin

Total pageviews blog, popular posts this week.

Dapat Interview Kerja di 10 Scam Company Ini? Jangan Pergi Temuduga!

Dapat Interview Kerja di 10 Scam Company Ini? Jangan Pergi Temuduga!

RPK dan RSM JPJ : cara mudah ingat dan keterangan lengkap

RPK dan RSM JPJ : cara mudah ingat dan keterangan lengkap

159 'Idea' Alasan Tak Datang Kerja

159 'Idea' Alasan Tak Datang Kerja

Cara (Berapa Lama/ Minit) Rebus Telur untuk Dapatkan Tekstur Tertentu ~ Wordless Wednesday

Cara (Berapa Lama/ Minit) Rebus Telur untuk Dapatkan Tekstur Tertentu ~ Wordless Wednesday

TIPS ADDMATH: Nak Lulus Matematik Tambahan SPM? Target 12 Bab Ini!

TIPS ADDMATH: Nak Lulus Matematik Tambahan SPM? Target 12 Bab Ini!

Kes 'pendakwah' selebriti Da'i Syed didakwa merogol.. PENGAJARAN & PESANAN BUAT LELAKI, WANITA!

Kes 'pendakwah' selebriti Da'i Syed didakwa merogol.. PENGAJARAN & PESANAN BUAT LELAKI, WANITA!

APA MAKSUD

APA MAKSUD "BANK ACCOUNT NAME" ?

Cara-Cara Upload Result & Kemaskini Pelan Pengajian di Myself JPA

Cara-Cara Upload Result & Kemaskini Pelan Pengajian di Myself JPA

cara lulus test jpj kereta - bahagian litar

cara lulus test jpj kereta - bahagian litar

Senarai Semak Borang Tunjuk Sebab Kemerosotan Akademik JPA

Senarai Semak Borang Tunjuk Sebab Kemerosotan Akademik JPA

Recent posts, popular posts all time.

Dua Marhalah Bersamaan Berapa Kilometer? - Ustaz Azhar Idrus

Dua Marhalah Bersamaan Berapa Kilometer? - Ustaz Azhar Idrus

KETAHUI TARIKH LAHIR ANDA MENGIKUT KALENDAR ISLAM

KETAHUI TARIKH LAHIR ANDA MENGIKUT KALENDAR ISLAM

Puisi #5 hati-hati dengan keindahan fisik

Puisi #5 hati-hati dengan keindahan fisik

50++ teka teki kelakar, kreatif dan menguji minda

50++ teka teki kelakar, kreatif dan menguji minda

Rutin Pemeriksaan Kenderaan(RPK) & Rutin Sebelum Memandu(RSM)

Rutin Pemeriksaan Kenderaan(RPK) & Rutin Sebelum Memandu(RSM)

Subscribe my youtube.

contoh cover letter bahasa melayu melalui email

My Blog Archive

My dear followers, my dear bloglist, menu footer widget.

  • Subscribers

KERJAYA

Contoh Cover Letter Simple Untuk Fresh Graduate Dalam Bahasa Melayu

Download Contoh Cover Letter Simple Untuk Fresh Graduate Dalam Bahasa Melayu

Cover letter merupakan butiran ringkas diri anda untuk memohon kerja. Walaupun ringkas dan mudah ia memainkan peranan penting untuk merangsang majikan buka dan baca resume anda.

Dalam penulisan cover letter pastikan cover letter anda mempunyai “isi penceritaan” supaya majikan mahu baca lebih lanjut mengenai diri anda dalam resume yang anda sertakan bersama cover letter tadi.

Isi Kandungan

Contoh Cover Letter Simple Untuk Anda

Penyediaan cover letter yang baik sebenarnya tidak perlu terlalu mengikut trend atau format tertentu. Apa yang penting isi cover letter anda tidak kosong dan hambar.

Dalam penyediaan cover letter simple, apa yang perlu ada hanya 3 komponen di bawah sahaja. Ini perkongsian daripada majikan Ir Meor Shamshir mengenai 3 komponen tersebut, mudah saja!

Format karangan sebaiknya tersusun dengan pengisian….

1) SOFT SKILLS

Ada orang tanya macam mana nak compose ayat untuk cover letter bagi resume.

Ini adalah contoh karangan yang saya rasa boleh touching majikan seperti saya. Majikan lain saya tak tahu la…

Format karangan sebaiknya tersusun dengan pengisian WHAT, WHY & HOW.

Contoh Cover Letter Simple Yang Bakal Pukau Majikan

Siapa anda. Part ni anda perkenalkan diri dan juga disiplin anda.

Kenapa anda hantar surat ini. Part ni anda perlu beritahu hasrat menghantar surat kepada bakal majikan. Seeloknya dinyatakan rujukan iklan jawatan kosong berkenaan. Part ini jika diulas dengan baik, akan menampakkan anda memang berminat dengan jawatan di syarikat ini, bukan main hantam saja!

Bagaimana untuk menghubungi anda. Part ni nak bagitahu bagaimana untuk mengenali anda dengan lebih dekat dan bagaimana untuk menghubungi anda.

Download Contoh Cover Letter di Atas

Anda boleh download contoh cover letter di atas melalui pautan di bawah.

COVER LETTER

Permohonan Bantuan Dana Hari Raya Aidilfitri 2018 Negeri Terengganu di Buka

BR1M Penjawat Awam Di Beri Sebelum Hari Raya Aidilfitri Tetapi Akan Ditukar Nama

Bank Simpanan Nasional (BSN) ~ Kekosongan Jawatan Executive,…

UiTM Private Healthcare Sdn Bhd, UiTM Private Specialist…

FGV Plantations (Malaysia) ~ Jawatan Kosong Pekerja Operasi…

FGV Fertiliser Sdn Bhd ~ Kekosongan Jawatan Pemandu Umum

Kelab Diraja Sungei Ujong ~ Jawatan Kosong Gardener,…

Kerjaya Pilihan Editor

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA 9) ~ Jawatan…

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ~ Jawatan Kosong…

Tekun Nasional

Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) ~…

Tenaga Nasional Berhad (TNB) ~ Kekosongan Jawatan Safety…

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ~ Jawatan Kosong IT…

contoh cover letter bahasa melayu melalui email

Please enable Browser JavaScript to visit the website.

The Rohani

Contoh Cover Letter Internship (Latihan Industri dan Praktikal)

Mungkin ini semester terakhir anda. Sudah tentu tercari-cari contoh cover letter internship untuk mohon tempat praktikal. Hantar surat boleh, email pun boleh. Terpulang.

Pihak universiti pula sudah mula minta pelajar hantar surat permohonan untuk mendapatkan tempat pagi latihan industri (atau juga dipanggil internship atau praktikal). Kiranya ini adalah langkah pertama sebelum kerja betul-betul. Maka, jangan lambat-lambat untuk dapatkan contoh cover letter intership.

Harus diingat, kalau mahu hantar cover letter, walaupun untuk intership sekalipun (iaitu bukanlah kerja sebenar), perlu hantar sebaik mungkin. Jangan main hentam keromo. Lainlah kalau sudah habis belajar, baru boleh gunakan contoh cover letter untuk fresh graduate pula.

Intern di sektor awam atau swasta?

Mahu pilih buat internship di pejabat kerajaan atau swasta? Baca dan fikir sendiri sebelum buat keputusan.

Cover letter internship

Berikut ialah contoh cover letter internship, latihan industri dan praktikal dalam Bahasa Inggeris. Sila ubah mengikut kesesuaian.

Cover letter internship #1

Dear Sir/Madam,

My name is Muhammad Adam Mokhtar , a student from Universiti Teknologi Malaysia (UTM) . Currently, I am pursuing my study in 3 rd year 2 nd semester in Computer Engineering . In this upcoming October 2019 until January 2020 , we are required to go for our internship in order to complete the UTM curricular structure. Hence, I am writing to see if you have an available position for student that is looking for an internship placement.

The purpose of the internship is to develop our hands-on skills in the field of engineering, besides to give a good exposure of different work interface in the company while gaining awareness to face the industry in the future.

I am interested to part of the organization where I can fully utilize my skills and make a significant contribution to the success of the employer and at the same time my individual growth. It is also another precious opportunity for me to explore and gain knowledge as much as possible in engineering field for my future preparation.

Attached herewith is my CV together with the necessary documents for your kind perusal. Should you inquire any more details, please feel free to contact at [email protected]

Looking forward to receive a positive reply from your side.

Thank you and have a nice day!

Cover letter untuk latihan industri (industrial training) #2

My name is Muhammad Ali Musa , a student from Universiti Teknologi Malaysia (UTM) . Currently, I am pursuing my study in 3 rd year 2 nd semester in Civil Engineering .

In this upcoming October 2019 until January 2020 , we are required to go for our internship in order to complete the UTM curricular structure. Hence, I am writing to see if you have an available position for student that is looking for an industrial training placement.

Cover letter untuk praktikal  (practical training) #3

My name is Nur Fatihah Ismail , a student from Universiti Teknologi Malaysia (UTM) . Currently, I am pursuing my study in 3 rd year 2 nd semester in Civil Engineering . In this upcoming October 2019 until January 2020 , we are required to go for our internship in order to complete the UTM curricular structure.

Hence, I am writing to see if you have an available position for student that is looking for an practical training placement.

Attached herewith is my CV together with the necessary documents for your kind perusal. Should you inquire any more details, please feel free to contact a [email protected]

Akhir kalam

Jangan lupa letakkan sekali CV dalam email yang dihantar. Jangan terus hantar borang yang pihak universiti minta pihak industri tandatangan.

Belum terima, sudah minta isi?

Sabarlah dulu. Jika segalanya berjalan lancar, segalanya akan beres. Jangan kalut-kalut. Walaupun kami kongsikan contoh cover letter intership, kami tidak boleh menjanjikan yang adan akan dapat kerja di situ.

Kalau terima banyak tawaran, mohon jangan buat pihak industri tertunggu-tunggu. Sila hantar surat tolak tawaran latihan industri untuk maklumkan mereka. Semoga dengan adanya contoh cover letter internship ini, anda akan beroleh rezeki di tempat yang diingini.

Sebagai intern, jika ada hal yang tidak disangka-sangka dan tidak boleh dielakkan, boleh gunakan contoh surat berhenti kerja sebagai ganti untuk surat tamatkan internship. Ubah sedikit, mengikut keperluan.

Semoga bermanfaat!

Leave a Comment Cancel reply

Save my name, email, and website in this browser for the next time I comment.

contoh cover letter bahasa melayu melalui email

13 Contoh Cover Letter Pelbagai Bidang Sebagai Rujukan Anda

“Resume adalah tiket untuk ke temuduga kerja. Rahsia Resume Kerja merupakan sebuah panduan khas untuk menulis resume bagi memohon pekerjaan baik kerja kerajaan atau kerja swasta. Rujukan khusus bagaimana menyediakan resume yang memenuhi kehendak dan memukau bahagian HR”

Isi Kandungan

contoh cover letter bahasa melayu melalui email

Tahukah anda antara punca 367,000 orang masih GAGAL MENDAPAT KERJA adalah kerana tidak tahu menghantar resume yang memikat majikan.

rESUME TERBAIK BAHASA MELAYU INGGERIS

Ramai orang fikir mereka ‘boleh’ menyediakan resume mereka sendiri. Buat resume, bukannya susah pun pada fikiran mereka. Memang benar buat resume tak susah, tapi adakah resume anda itu akan membantu anda mendapatkan pekerjaan yang bakal anda minta?

rahsia resume kerja

Contoh Cover Letter Pelbagai Bidang Sebagai Rujukan Anda

Berikut merupakan contoh cover letter yang sesuai untuk bidang seperti

  • Guru Bahasa
  • Photographer
  • Security Guard
  • Pembantu Tadbir
  • Receptionist
  • Dan lain-lain

Contoh Cover letter Template Bahasa Melayu

Berikut merupakan contoh cover letter template bahasa melayu sekiranya anda menghantar permohonan anda melalui emel:

CV Untuk Clerk Position

contoh cover letter bahasa melayu melalui email

Sesiapa yang nak apply untuk account clerk tu boleh guna cover letter jenis ni

Contoh Cover letter Bahasa Melayu

Ini pun contoh cv untuk clerk account

CV Untuk Kerani Akaun

Coverletter Bahasa Melayu

CV bagi pemohonan jawatan Kerani Akaun

CV Untuk Kerani

Contoh Coverletter Bahasa Melayu

CV bagi pemohonan Kerani

Contoh Cover letter Bahasa Inggeris

Berikut merupakan contoh cover letter bahasa inggeris sekiranya anda menghantar permohonan anda melalui emel yang memerlukan bahasa inggeris:

Contoh Cover Letter

Maksud Cover Letter

Cover Letter dalam bahasa malaysia ialah surat pengenalan. Cover letter diperlukan, jika memohon pekerjaan yang diiklankan dalam surat khabar, jurnal atau pekerjaan yang ditawarkan oleh majikan. Cover letter disertakan dengan resume terbaik dan borang permohonan. Ia boleh digunakan untuk memperkenalkan borang anda dan boleh diberi perhatian pada faktor-faktor penting yang membolehkan anda ditawarkan pekerjaan.

Cover letter adalah bagaimana cara anda memasarkan diri anda kepada bakal majikan anda selain dapat melobi diri anda, menceritakan kelebihan anda, pengalaman serta kelayakan yang anda miliki untuk menarik perhatian bakal majikan. Tidak kisah samada cover letter anda dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, untuk membuat sesuatu permohonan, budi bahasa adalah sangat penting dan itu akan melambangkan siapa diri anda sebenarnya.

Cover Letter Format

Untuk buat cover letter format ada beberapa panduan kena anda ikuti. Antaranya

  • 1. Cover Letter adalah surat peribadi. Elakkan daripada menyalin semula atau meniru Cover Letter orang lain. Cover Letter tidak seperti surat pekeliling
  • 2. Ceritakan kreativiti tersendiri
  • 3. Kertas yang digunakan hendaklah bersaiz A4, berwarna putih (kosong) dan bermutu iaitu bukan kertas buku latihan yang dikoyakkan
  • 4. Hendaklah ditulis dengan kemas dan bersih. Buat satu salinan untuk simpanan
  • 5. Tulis alamat, no. Telefon dan tarikh di sudut atas sebelah kiri
  • 6. Elakkan kesilapan ejaan, penggunaan tatabahasa hendaklah baik dan teratur
  • 7. Tulisan mestilah bersih dan kemas
  • 8. Apabila surat permohonan dikehendaki tulis tangan, hendaklah ditulis tangan. Maksud disebalik tulis tangan ialah untuk melihat diri atau personaliti seseorang individu, kemas dan bersih serta bertanggungjawab atau sebaliknya
  • 9. Jika sekiranya seseorang calon tahu bahawa tulisannya sukar dibaca dan difahami, sebaik-sebaiknya surat tersebut ditaip
  • 10. Tulisan tangan yang baik diperlukan dalam jawatan seperti bidang perakaunan, untuk buat laporan bertulis, membuat rajah dan lukisan

Baca: Contoh Format Cover Letter

Ada apa-apa nak komen mengenai contoh cover letter yang telah disediakan? Kalau ada, komenlah di bawah ye.

Baca juga: Contoh Resume yang akan di hantar bersama dengan cover leter resume dalam permohonan kerja

  • Contoh Ujian Psikometrik

Lagi Artikel Menarik:

CONTOH PERMOHONAN KERJA MELALUI EMAIL

Leave a Comment Cancel reply

Save my name, email, and website in this browser for the next time I comment.

Contoh Cover Letter Internship (Latihan Industri)

Ramai pelajar yang memohon internship sering terlepas pandang kepentingan menyertakan cover letter bersama permohonan mereka.

Cover letter yang baik membolehkan anda mempamerkan nilai unik, menunjukkan minat dan motivasi, serta menjelaskan sebarang kekosongan atau peralihan dalam resume anda. Ia juga berfungsi untuk menarik perhatian bakal majikan.

Artikel ini akan memberikan panduan lengkap untuk menulis cover letter internship yang profesional dan komprehensif termasuk contoh-contoh untuk rujukan. Ikuti langkah-langkah yang disediakan untuk memastikan cover letter anda menonjol daripada calon lain dan seterusnya meningkatkan peluang anda untuk mendapatkan internship yang anda impikan.

Apakah itu internship?

Apakah itu cover letter internship, struktur asas cover letter, contoh cover letter, tips tambahan untuk menulis cover letter internship, soalan lazim (faq).

Internship, atau latihan industri,adalah tempoh praktikal di mana pelajar atau fresh graduate bekerja di sebuah syarikat untuk mendapatkan pengalaman kerja yang sebenar.

Tujuan utama internship adalah untuk menerapkan pengetahuan teori yang diperoleh di bilik kuliah ke dalam situasi kerja sebenar. Latihan industri membolehkan pelajar memperoleh kemahiran praktikal yang diperlukan dalam industri, dan berpeluang membina rangkaian profesional yang berguna untuk membina kerjaya mereka.

Baca artikel ini “Kenapa Latihan Industri (Internship) Penting Untuk Kerjaya,” supaya anda dapat mendalami bagaimana latihan industri boleh membuka pintu kepada peluang yang tidak pernah terlintas di fikiran anda.

Cover letter internship merupakan surat pengenalan yang dihantar bersama resume semasa memohon latihan industri. Fungsi utama surat ini adalah untuk memperkenalkan diri anda dengan baik dan menjelaskan sebab anda berminat untuk menjalani internship di syarikat tersebut.

Ia juga berperanan untuk menunjukkan bagaimana kemahiran serta kursus yang anda pelajari di kolej atau universiti menjadikan anda calon yang sesuai untuk syarikat mereka.

Gunakan pelbagai contoh cover letter internship yang disediakan dalam artikel ini untuk membantu anda dalam menyediakan cover letter yang profesional dan tersusun.

Seorang individu sedang menggunakan laptop

Menulis cover letter yang baik memerlukan struktur yang teratur dan komponen yang tepat. Berikut adalah komponen asas yang perlu disertakan dalam cover letter anda:

1. Pengenalan:

Mulakan dengan memperkenalkan diri anda dan nyatakan tujuan surat anda. Jelaskan bagaimana anda mengetahui tentang peluang internship yang diiklankan dan nyatakan minat anda terhadap syarikat dan jawatan tersebut.

"Nama saya Amirul Hakim, seorang pelajar tahun akhir dalam bidang Kejuruteraan Elektrik di Universiti Teknologi Malaysia. Saya menulis surat ini untuk memohon peluang latihan industri di syarikat anda, XYZ Electronics, seperti yang diiklankan di portal Jobstreet.

Saya sangat bersemangat untuk menyertai XYZ Electronics kerana syarikat ini dikenali dengan inovasi teknologi dan pendekatannya yang progresif dalam industri elektronik. Ini amat selaras dengan minat dan pengajian saya.”

2. Badan surat:

Dalam bahagian ini, jelaskan pengalaman, kemahiran, dan motivasi anda untuk menyertai syarikat tersebut dengan padat dan tersusun. Terangkan bagaimana pengalaman dan kemahiran anda sepadan dengan keperluan jawatan yang dimohon serta bagaimana anda boleh menyumbang kepada syarikat tersebut.

"Sebagai pelajar tahun akhir dalam bidang Kejuruteraan Elektrik di Universiti Teknologi Malaysia, saya telah mendalami prinsip-prinsip reka bentuk sistem dan teknologi elektrik melalui pelbagai kursus akademik. Pengetahuan ini telah memberikan saya asas yang kukuh dalam bidang yang saya ceburi.

Kemahiran saya dalam penyelesaian masalah dan kerja berpasukan telah diperkukuh melalui latihan yang diperoleh dalam kursus-kursus tersebut. Selain itu, saya juga mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan cepat dalam persekitaran baru.

Pengalaman saya dalam aktiviti kokurikulum, seperti penyertaan aktif dalam kelab inovasi teknologi, telah memperkaya kemahiran praktikal saya dan membentuk keupayaan saya dalam menangani cabaran secara kreatif. Setelah meneliti projek-projek inovatif di XYZ Electronics melalui laman web syarikat, saya sangat bersemangat untuk menyumbang kepada inisiatif tersebut dan berhasrat untuk memanfaatkan kemahiran serta pengalaman saya bagi menyokong matlamat syarikat.”

3. Penutup:

Akhiri surat dengan kesimpulan ringkas yang merangkumkan minat anda dan nyatakan cara untuk menghubungi anda. Ucapkan terima kasih kepada majikan kerana mempertimbangkan permohonan anda.

Contohnya :

“Saya amat menghargai peluang untuk ditemu duga dan berbincang lebih lanjut tentang bagaimana saya boleh memanfaatkan peluang latihan industri ini untuk belajar serta menyokong matlamat syarikat anda. Saya juga berharap dapat menyumbang dengan sebaik mungkin sepanjang tempoh latihan ini. Untuk sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, sila hubungi saya di [nombor telefon] atau melalui e-mel di [alamat e-mel]. Terima kasih kerana mempertimbangkan permohonan saya.”

Sebuah laptop terbuka dengan layar email

Menulis cover letter yang berkesan dapat meningkatkan peluang anda untuk mendapatkan internship. Untuk memudahkan anda, berikut adalah beberapa contoh cover letter internship yang boleh digunakan sebagai panduan.

Anda boleh memilih untuk menggunakan contoh cover letter internship dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, bergantung kepada keperluan syarikat yang anda mohon.

1. Contoh cover letter internship dalam Bahasa Melayu

Syarikat yang terlibat dalam sektor kerajaan mungkin lebih menghargai penggunaan Bahasa Melayu dalam cover letter. Berikut adalah contoh cover letter internship dalam Bahasa Melayu yang boleh anda gunakan untuk memohon tempat latihan industri.

Ili Binti Sulaiman ⁠24, Jalan Anggerik, ⁠42350 Kuala Lumpur ⁠ [email protected]

1 Julai 2024

Encik Mohd HusainiABC Sdn Bhd ⁠Pengurus Sumber Manusia ⁠ABC Sdn Bhd

Permohonan untuk Internship di syarikat ABC Sdn Bhd

Saya, Ili Binti Sulaiman, ingin memohon peluang untuk menyertai program internship di syarikat ABC Sdn Bhd dalam bidang pemasaran. Saya sedang mengikuti pengajian dalam bidang Multimedia di Politeknik M dan ingin memohon untuk menjalani latihan industri di syarikat ABC Sdn Bhd bermula 1 Ogos 2024 hingga 1 Disember 2024.

Sepanjang pengajian saya dalam bidang Multimedia di Politeknik M, saya telah mengikuti kursus-kursus yang meliputi reka bentuk grafik, pengurusan media sosial, dan strategi pemasaran digital. Kursus-kursus ini telah memberi saya pemahaman yang mendalam tentang prinsip-prinsip dan teknik-teknik terkini dalam pemasaran.

Selain kemahiran kreatif dalam reka bentuk grafik, saya juga fasih dalam beberapa bahasa, termasuk Bahasa Inggeris, Melayu, dan Mandarin. Keupayaan komunikasi saya membolehkan saya berhubung dengan pelbagai pihak secara efektif dan menyesuaikan diri dengan mudah dalam persekitaran kerja yang pelbagai.

Tambahan pula, penglibatan aktif saya dalam aktiviti persatuan telah memperkaya pengalaman saya, terutamanya dalam mengendalikan kempen media sosial dan mereka bentuk poster untuk bisnes kecil-kecilan. Melalui projek-projek ini, saya telah mengasah kemahiran praktikal saya dalam reka bentuk grafik dan strategi media sosial.

Saya percaya bahawa latihan industri di syarikat ABC Sdn Bhd akan memberi peluang kepada saya untuk mengaplikasikan pengetahuan teori yang telah saya pelajari ke dalam situasi kerja sebenar. Saya juga yakin bahawa pengalaman ini akan membolehkan saya membangunkan kemahiran profesional yang penting dan membina rangkaian industri yang luas.

Saya berharap dapat berbincang dengan lebih lanjut mengenai peluang ini. Saya boleh dihubungi melalui email di [email protected] atau telefon di 011-234567

Terima kasih atas pertimbangan tuan.

Yang benar,

Ili Binti Sulaiman ⁠Pelajar Tahun Ketiga, politeknik M

2. Contoh cover letter internship dalam Bahasa Inggeris

Di kebanyakan sektor swasta, penggunaan Bahasa Inggeris dalam permohonan kerja adalah perkara biasa, termasuk untuk permohonan internship. Oleh itu, adalah penting untuk menulis cover letter dalam Bahasa Inggeris bagi menunjukkan kesediaan anda untuk berkomunikasi dalam bahasa profesional yang digunakan dalam industri.

Berikut adalah contoh cover letter internship dalam Bahasa Inggeris yang boleh membantu anda dalam memohon tempat internship:

Muhammad Daniel Ikram ⁠33, Jalan Desa, 42350 Kuala Lumpur ⁠ [email protected]

1st July 2024

Ms Jennie Tan ⁠HR Manager ⁠ABC Sdn Bhd

Dear Ms. Jennie Tan,

Application for Internship at ABC Sdn Bhd

I am writing to express my strong interest in the IT Project Assistant Internship position at ABC Sdn Bhd, as advertised on Jobstreet. I am currently pursuing a Bachelor’s degree in Information Technology at University T, and I am eager to intern with your esteemed organization from 1st August 2024 to 1st December 2024.

Throughout my academic career, I have built a solid foundation in IT, focusing on system administration, network management, and cybersecurity. My projects and coursework have endowed me with practical skills in troubleshooting, database management, and IT support, alongside proficiency in SQL, Linux, and Cisco networking.

I have also honed essential soft skills such as effective communication, teamwork, and problem-solving. My ability to articulate complex technical concepts clearly has been instrumental in collaborative projects, and my proactive approach has consistently driven team success.

I have also been involved in a project to develop a web application for the university's IT Society. This role involved designing functionality, addressing technical issues, and managing smooth operations, providing me with hands-on experience in SQL, Linux, and network configurations using Cisco.

I am particularly impressed with ABC Sdn Bhd's commitment to innovation and excellence, highlighted by your recognition as the "Top IT Solutions Provider in Malaysia" by the Malaysian Digital Association and your pivotal role in the nationwide cybersecurity initiative.

The opportunity to contribute to and learn from such an esteemed organisation excites me. I am confident that my technical skills, combined with my proactive approach and eagerness to learn, will allow me to make meaningful contributions to your IT team.

Thank you for considering my application. I look forward to the possibility of discussing how my background, skills, and enthusiasm align with the goals of your team. I can be reached at [email protected] or 01-1145365 at your convenience.

Sincerely, ⁠Muhammad Daniel Ikram ⁠Final year IT student, University T

Anda juga boleh mengikuti panduan dalam artikel Fresh Graduates: How to Make Effective Cover Letters that Stand Out ini untuk menulis cover letter yang menarik perhatian majikan.

3. Contoh cover letter internship accounting

Berikut adalah contoh cover letter internship dalam bidang perakaunan yang sesuai untuk pelajar perakaunan yang ingin memohon internship. Contoh ini boleh digunakan sebagai panduan untuk mempamerkan kemahiran serta minat anda dalam bidang tersebut.

Shamini Nadarajan ⁠10, Jalan TTC2, 47000 Sungai Buloh ⁠ [email protected]

Encik Aaron Lim ⁠Pengurus Sumber Manusia ⁠ABC Sdn Bhd

Permohonan untuk Internship di Bidang Perakaunan

Saya, Shamini Nadarajan, merupakan pelajar tahun akhir dalam bidang Perakaunan di Universiti A dan ingin memohon untuk program internship di ABC Sdn Bhd. Tempoh latihan industri yang saya memohon adalah dari 1 Ogos 2024 hingga 1 November 2024. Saya yakin bahawa peluang ini akan membolehkan saya mendalami aspek praktikal perakaunan serta memperkukuhkan asas teori yang telah saya pelajari sepanjang pengajian saya. Pengalaman ini akan menjadi batu loncatan yang penting dalam membangunkan kemahiran dan pengetahuan saya, sambil memberikan sumbangan yang bernilai kepada pasukan di ABC Sdn Bhd.

Antara kursus yang saya telah ambil adalah Perakaunan Kewangan dan Perakaunan Pengurusan untuk mengasah kemahiran teknikal dalam bidang perakaunan. Selain daripada keupayaan komunikasi yang baik, saya juga memiliki kebolehan memimpin dan bekerja dalam pasukan, serta dikenali sebagai seorang yang teliti dan analitikal.

Ini membawa kepada pemilihan saya sebagai Bendahari Kelab Usahawan di universiti, di mana kami telah menjalankan pelbagai program keusahawanan. Dalam peranan ini, saya berpeluang untuk mengurus bajet, menyelaraskan laporan kewangan, dan memastikan ketepatan rekod kewangan.

Pengalaman ini telah membantu saya memperkukuhkan kemahiran dalam pengurusan kewangan, serta meningkatkan kecekapan saya dalam setiap tugas yang diamanahkan.

Saya berharap dapat diberi peluang untuk menjalani internship di ABC Sdn Bhd dan menerapkan kemahiran yang saya pelajari dalam projek-projek syarikat sepanjang tempoh latihan industri ini. Saya boleh dihubungi melalui e-mel di [email protected] atau nombor 019-8765439

Shamini Nadarajan ⁠Pelajar Tahun Akhir Jurusan Perakaunan, Universiti A

4. Contoh cover letter untuk management trainee dalam bahasa melayu

Sebagai fresh grad atau pelajar tahun akhir, mengambil bahagian dalam program latihan seperti management trainee adalah langkah strategik untuk memperluas pengalaman profesional. Berikut adalah contoh cover letter untuk management trainee dalam Bahasa Melayu yang boleh membantu anda memohon jawatan ini dan membina asas kerjaya anda.

Farhan Hazim ⁠143, Jalan Indah Permai, 47000 Sungai Buloh [email protected]

Puan Cheryl Raj ⁠Pengurus Sumber Manusia ⁠ABC Sdn Bhd

Permohonan untuk Jawatan Management Trainee

Saya, Farhan Hazim, ingin memohon jawatan sebagai Management Trainee di ABC Sdn Bhd. Saya merupakan pelajar tahun akhir di Universiti S dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan.

Saya amat berminat untuk menyertai syarikat ini kerana ABC Sdn Bhd dikenali sebagai peneraju dalam industri dengan reputasi cemerlang dalam inovasi dan pengurusan projek. Saya ingin memohon untuk menjalani tempoh latihan di syarikat ABC Sdn Bhd dari 1 Ogos 2024 hingga 1 November 2024.

Sepanjang pengajian saya, saya telah mempelajari pelbagai aspek pengurusan seperti Pengurusan Kewangan, Pengurusan Sumber Manusia, dan Pengurusan Strategik. Penguasaan dalam bidang-bidang ini membolehkan saya memahami asas-asas penting dalam pengurusan perniagaan dan strategi korporat.

Selain itu, saya mempunyai kemahiran dalam menganalisis data, membuat keputusan strategik, dan menguruskan projek. Pengalaman sebagai Ketua Projek untuk beberapa inisiatif universiti seperti Projek Keusahawanan Muda dan Program Kesedaran Kewangan telah membolehkan saya mengasah kemahiran dalam memimpin pasukan, merancang strategi, dan melaksanakan projek dengan jayanya. Pengalaman berorganisasi ini telah mengajar saya untuk mengurus masa, sumber, dan pasukan dengan cekap.

Saya berharap dapat diberi peluang untuk membincangkan bagaimana saya boleh mengambil bahagian dalam pasukan ABC Sdn Bhd dan menyumbang kepada projek-projek syarikat sepanjang tempoh latihan ini.

Saya percaya bahawa pengalaman ini akan menjadi landasan kukuh untuk kerjaya saya dan membantu saya mencapai matlamat profesional saya. Saya boleh dihubungi melalui e-mel di [email protected] atau nombor 018-765432.

Saya sertakan bersama resume untuk rujukan pihak Puan. Saya berharap untuk mendapat peluang menghadiri temu duga dan seterusnya menyertai pasukan ABC Sdn Bhd.

Sekian, terima kasih.

Yang benar, ⁠Farhan Hazim ⁠Pelajar Tahun Akhir Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan, Universiti S

Rujuk artikel 6 contoh cover letter dalam bahasa melayu untuk fresh graduate untuk dapatkan idea dan inspirasi untuk menulis cover letter bagi pelbagai jawatan lain.

Seorang wanita sedang duduk di depan komputer dan berfikir

Terdapat beberapa Do's and Don'ts yang penting untuk memastikan cover letter anda menonjol daripada calon-calon yang lain.

  • Ringkas dan padat: Pastikan surat permohonan anda tidak melebihi satu halaman agar anda dapat menyampaikan maklumat penting secara efektif.
  • Fokus pada kemahiran dan pengalaman relevan: Sorot kemahiran dan pengalaman yang berkaitan dengan jawatan yang dimohon, dan jelaskan bagaimana kemahiran tersebut boleh menyumbang kepada syarikat.
  • Semak kesalahan tatabahasa dan ejaan: Pastikan tiada kesalahan tatabahasa atau ejaan, kerana kesalahan ini boleh menjejaskan profesionalisme anda.
  • Jangan menggunakan bahasa santai atau informal: Elakkan gaya bahasa yang terlalu kasual yang tidak sesuai dengan suasana profesional.
  • Jangan menghantar surat permohonan generik: Hindari menggunakan satu cover letter yang sama untuk semua permohonan. Pastikan ia disesuaikan khusus untuk syarikat dan jawatan yang dimohon.
  • Jangan mengulang maklumat dari resume: Elakkan mengulangi maklumat yang sudah terdapat dalam resume anda. Sebaliknya, fokuskan pada bagaimana pengalaman dan kemahiran anda relevan dengan jawatan yang dimohon.

Cover letter adalah elemen penting dalam permohonan internship, kerana ia memberikan peluang untuk memperkenalkan diri dan meyakinkan majikan bahawa anda adalah calon yang ideal untuk menyertai pasukan mereka.

Dengan cover letter, anda dapat menonjolkan kemahiran dan pengalaman yang relevan serta menunjukkan minat anda terhadap syarikat tersebut. Selain itu, cover letter yang disusun dengan baik menunjukkan kesungguhan anda dan boleh memberikan kelebihan berbanding calon lain.

Gunakan panduan dan contoh-contoh ini untuk memastikan cover letter anda profesional, tersusun, dan mampu menarik perhatian majikan. Ini akan meningkatkan peluang anda untuk berjaya mendapatkan internship yang diinginkan.

1. Perlu saya menyebutkan tempoh latihan industri dalam cover letter?

Ya, menyebutkan tempoh latihan industri dalam cover letter adalah penting kerana ia membantu majikan menilai kesesuaian tempoh latihan anda dengan keperluan syarikat.

2. Bagaimanakah cara menunjukkan minat terhadap syarikat dalam cover letter?

Kaji dengan teliti syarikat tersebut dan terangkan dalam cover letter apa yang menarik minat anda mengenai syarikat itu serta bagaimana ia sejajar dengan matlamat anda.

3. Apakah perbezaan antara cover letter dan resume?

Cover letter adalah surat pengenalan yang menerangkan minat dan kelayakan anda, manakala resume adalah dokumen ringkas yang merangkumi pengalaman kerja dan kelayakan akademik anda.

4. Bagaimanakah cara untuk menonjolkan diri dalam cover letter?

Fokuskan pada kemahiran dan pengalaman yang relevan, dan berikan contoh konkrit tentang bagaimana anda telah menggunakan kemahiran tersebut untuk mencapai kejayaan.

5. Adakah saya perlu menghantar cover letter jika tidak diminta dalam iklan jawatan?

Ya, menghantar cover letter walaupun tidak diminta menunjukkan bahawa anda bersikap proaktif dan ini boleh meningkatkan peluang anda untuk mendapat peluang temu duga atau internship di syarikat tersebut.

Top search terms

Popular on jobstreet, explore related topics, subscribe to career advice.

Dr. Yap @ science.utm.my

Writing formal emails (in English and Bahasa Melayu)

These days, I tend to receive e-mails from students that are written improperly .

Disclaimer: this not an email that follows certain protocol but a just generic email that one can use in a normal situation. 

Unlike casual e-mails to friends and families, e-mails to other individuals must be written formally , even/especially if it is addressed to a stranger.

The following are the minimal requirements, in my opinion, for a formal e-mail:

Always include a subject. Remember, this is a brief title. You do not write your full message in here.

For example: Correct: Request for Support Letter Wrong: I would like to request for a support letter for job application with XXX Sdn Bhd.

Have a greeting:  e.g. Dear Mr. Gandalf, Good day Ms Jane, contoh: Selamat sejahtera Prof/Dr/Tuan/Puan/Cik

If it is your first time emailing them, introduce yourself.

Include your message. Write your intention of sending this email and what you want.  I have encountered emails without any proper messages. Some just say their name and matric. card number (wrong!). Some only wrote a greeting and an ending without saying what they want to do (wrong!).  Please remember, the title/subject is NOT enough.

The greeting, message and signature should be separated, not written in the same paragraph.

Also do not use short forms like “u” instead of “you”..

Do not use shorthand e.g. “don’t”, “weren’t”, “didn’t”.. Instead, use “do not”, “were not” and “did not”.

Use capital letter for “i” (when referring to yourself).

Do not use CAPS or multiples of !! or ??.  These typically indicates that one is shouting.

Similarly, when writting in Malay language,  do not use shortform: “perkataan2, jgn, utk, mkn, …”

Do not mix the languages (if use malay, all malay.. if english, all english).

Do not use emoticons in formal e-mails.

But e-mails to me, I can give two exceptions: mixed language and emoticons are acceptable.

End with a signature

Regards / Yours sincerely / Best Regards

All the best!

Thinking of writing a resume?  Click here for some tips.

And here are more email writing tips:  https://www.sciencemag.org/careers/2020/02/scientist-s-guide-email-etiquette

Example of a student submitting assignment

SUBJECT: Submission of SSCP4333 assignment  ( this is not written in the body of the email, but in the subject )

Dear  xxxx

I am Yap Yung Szen, a student enrolled in your DSP course at the moment. As per your request, I am resubmitting my assignment you along with several datasheets. Please see the attached documents and if there is any problems, please do not hesitate to contact me via e-mail or whatsapp.

Thank you again.

Y.S. Yap 0xx-xxx xxxx

Contoh emel untuk kegunaan rasmi

SUBJECT: KELULUSAN UNTUK MENGHADIRI KURSUS XXXXX ( Tajuk emel tidak ditulis di kandungan emel tetapi di bahagian

Selamat sejahtera En xxxxx,

Terima kasih atas emel Tuan/Puan/Cik/saudara/saudari. Saya ambil maklum tentang perkara tersebut. Untuk makluman Tuan/Puan, kami tiada halangan untuk menyokong permohonan Tuan/Puan.

Sekian, terima kasih.

COMMENTS

  1. Kami Kongsikan 2 Contoh Terbaik Cover Letter Bahasa Melayu ...

    Bagaimana cara untuk menulis contoh cover letter sama ada Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris dengan baik dan profesional? Jadi, jom ikuti tips dan cara kami menulis surat permohonan kerja ( cover letter ) terbaik ini supaya permohonan anda dipertimbangkan untuk menghadiri sesi temuduga!

  2. Contoh Email Mohon Kerja Yang Ringkas & Padat (BM & BI)

    Berikut merupakan contoh email mohon kerja dalam bahasa Melayu. Selamat sejahtera Tuan/Puan [NAMA], Saya [NAMA] dan kini merupakan seorang [PEKERJAAN SEKARANG] di [NAMA SYARIKAT] sangat berminat untuk memohon jawatan [JAWATAN YANG DI IKLANKAN] yang diiklankan oleh syarikat tuan/puan.

  3. Contoh Cover Letter Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris

    Berikut merupakan contoh cover letter sekiranya anda menghantar permohonan anda melalui emel: Subjek Email: Permohonan Untuk [Jawatan Kerja] Selamat Sejahtera Tuan/Puan [Nama Penerima] Saya ingin menyatakan minat saya untuk memohon jawatan [Jawatan Kerja] seperti yang diiklankan oleh syarikat Tuan/Puan.

  4. 4 Contoh Cover Letter Email Yang Baik (BM & BI)

    tips wordless wednesday. 4 Contoh Cover Letter Email Yang Baik, contoh cover letter, contoh cover letter bahasa melayu, contoh cover letter english, contoh cover letter terbaik, contoh cover letter for job application, contoh cover letter melalui email, macam mana cara yang betul buat cover letter, format minta kerja melalui email, format cover ...

  5. 6 contoh cover letter dalam bahasa melayu untuk fresh graduate

    Anda masih boleh menulis cover letter yang menarik untuk mendapatkan pekerjaan yang diingini. Dalam artikel ini kami sertakan tips dan format cover letter serta contoh menulis surat permohonan kerja dalam bahasa melayu untuk mengagumkan bakal majikan.

  6. Contoh Cover Letter Bahasa Melayu

    Berikut adalah contoh cover letter dalam Bahasa Melayu yang boleh anda jadikan panduan: [Nama Anda] [Alamat Anda] [Poskod dan Bandar] [Email Anda] [No. Telefon Anda] [Tarikh] Pengurus Sumber Manusia [Nama Syarikat] [Alamat Syarikat] [Poskod dan Bandar]

  7. Contoh Cover Letter Terbaik Untuk Kerja (Dalam Bahasa Melayu)

    Contoh cover letter Bahasa Melayu #1. Ini ialah contoh cover letter terbaik yang anda boleh gunakan. Walaupun kami cuma letak kerani, anda boleh ubah kepada apa-apa jawatan yang lain. Muhammad Amin bin Salam No 77, Jalan Melati 2, 40300, Shah Alam, Selangor [email protected] 012 3458666. 15 November 2020

  8. 2 Contoh Cover Letter Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

    Contoh Cover Letter Simple & Terbaik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk fresh graduate mohon kerja dan hantar bersama resume.

  9. Cara Betul Hantar Resume dan Mohon Kerja Melalui Email BM BI

    Dengan kepesatan teknologi, zaman sekarang kebanyakkan majikan hanya menerima contoh resume berserta cover letter melalui email. Adalah penting untuk korang mengetahui cara yang betul bagaimana untuk menghantar dan mohon kerja secara profesional melalui email. Kandungan Artikel. Pantang Larang dan Kesalahan Permohonan Melalui Email.

  10. 3 Contoh Cover Letter Dalam Bahasa Melayu Untuk Fresh Graduate

    Anda masih boleh menulis cover letter yang menarik untuk mendapatkan pekerjaan yang diingini. Dalam artikel ini kami sertakan tips dan format cover letter serta contoh menulis surat permohonan kerja dalam bahasa melayu untuk mengagumkan bakal majikan.

  11. 23 Contoh Cover Letter (CV) & Panduan Template BM BI

    Sebab tu lah di sini saya ada sertakan pelbagai contoh + template cover letter (ada dua versi bahasa Malaysia BM & Bahasa Inggeris BI) yang boleh dijadikan rujukan, panduan, guideline untuk mereka yang fresh graduates, students university, pelajar sekolah yang baru habis SPM, yang baru nak berkecimpung dalam bidang kerja, yang belum lagi ada ...

  12. Contoh Cover Letter Simple Untuk Fresh Graduate Dalam Bahasa Melayu

    Isi Kandungan. Contoh Cover Letter Simple Untuk Anda. Penyediaan cover letter yang baik sebenarnya tidak perlu terlalu mengikut trend atau format tertentu. Apa yang penting isi cover letter anda tidak kosong dan hambar. Dalam penyediaan cover letter simple, apa yang perlu ada hanya 3 komponen di bawah sahaja.

  13. Cara Betul Memohon Kerja dan Hantar Resume Melalui Email

    Maklumat tambahan boleh dijelaskan dalam cover letter yang akan anda sertakan bersama dengan resume anda dalam e-mel tersebut. Format dengan bersih dan kemas ⁠ Gunakan perenggan dan senarai berbulet atau bernombor untuk memudahkan pembacaan.

  14. Contoh Cover Letter

    Contoh Cover Letter Bahasa Melayu Internship dan Kerja Dari Majikan Apakah Contoh Cover Letter Yang Terbaik? Biasanya kalau kita nak minta kerja mahupun laihan industri melalui email, mesti kita akan lampirkan sekali cover letter kepada majikan.

  15. Cara Memohon Kerja Melalui Email (Berserta Contoh)

    Seandainya anda membuat permohonan melalui email, dalam ruangan 'body message' anda boleh menulis 'cover letter' yang bersesuaian. Contoh email minta kerja. Berikut ialah contoh email mohon kerja dalam Bahasa Melayu yang boleh dijadikan panduan.

  16. Contoh Cover Letter Internship (Latihan Industri dan Praktikal)

    Cover letter internship. Berikut ialah contoh cover letter internship, latihan industri dan praktikal dalam Bahasa Inggeris. Sila ubah mengikut kesesuaian. Cover letter internship #1. Dear Sir/Madam, Greetings,

  17. 13 Contoh Cover Letter Pelbagai Bidang

    Berikut merupakan contoh cover letter template bahasa melayu sekiranya anda menghantar permohonan anda melalui emel: CV Untuk Clerk Position Sesiapa yang nak apply untuk account clerk tu boleh guna cover letter jenis ni

  18. Contoh Cover Letter Terbaik Akauntan (Bahasa Melayu & English)

    Contoh Cover Letter untuk Akauntan. [Your Name] [Alamat Anda] [Bandar, Negeri Poskod] [Alamat Emel Anda] [Nombor Telefon Anda] [Tarikh Hari Ini] [Nama Majikan] [Nama Syarikat] [Alamat Syarikat] [Bandar, Negeri Poskod] Tuan/Puan, Saya menulis untuk memohon jawatan sebagai Akauntan yang kini terbuka di [Nama Syarikat], seperti yang diiklankan.

  19. Sample of Email Cover Letter For Job Application and Internship

    Highlight your relevant skills and experiences and explain why you would be a good fit for the role. Attach a well-written resume and cover letter, if required. Use a professional tone and proofread your email for errors and typos. Show enthusiasm and express gratitude for the opportunity.

  20. Contoh Cover Letter Beserta Template

    Panduan Kerjaya: Template Resume | Template Cover Letter | Soalan & Jawapan Interview | Perkembangan Kerjaya | Gaji & Info Pekerjaan. Menggunakan template di atas sebagai panduan, anda boleh menyesuaikan cover letter anda untuk setiap posisi yang anda mohon, memastikan ia menonjol dan memberi kesan pertama yang hebat.

  21. Contoh Cover Letter Internship (Latihan Industri)

    Anda boleh memilih untuk menggunakan contoh cover letter internship dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, bergantung kepada keperluan syarikat yang anda mohon. 1. Contoh cover letter internship dalam Bahasa Melayu . Syarikat yang terlibat dalam sektor kerajaan mungkin lebih menghargai penggunaan Bahasa Melayu dalam cover letter.

  22. Writing formal emails (in English and Bahasa Melayu)

    For example: Correct: Request for Support Letter. Wrong: I would like to request for a support letter for job application with XXX Sdn Bhd. Have a greeting: e.g. Dear Mr. Gandalf, Good day Ms Jane, contoh: Selamat sejahtera Prof/Dr/Tuan/Puan/Cik. If it is your first time emailing them, introduce yourself. Include your message.

  23. Kehebatan Cara Memohon Kerja Melalui Email Untuk Internship

    11 Kerja Kosong. SOFT SKILLS. Budak UTP memang tidak pernah mengecewakan saya sama ada semasa memohon untuk latihan atau pun bekerja. Kematangan mempersembahkan ayat-ayat permohonan mereka dalam email atau pun surat nampak meyakinkan.